[.. Misi Tawan Kinabalu 2 ..]

Selepas lebih sebulan, sebenarnya dah malas mau buat entry sal #MisiTawanKinabalu2..
Tp since Kak Sha promote, oklah lets write a short entry..
Lets begin..

Laluan pendakian, tahap kesukaran, barang-barang keperluan dan pemandangan lebih kurang sama..
 Boleh baca di entry yg lama Misi Tawan Kinabalu 2015
Cuma package @ proses & harga dulu dan sekarang agak berbeza sedikit..
Dalam erti kata lain, makin mahal dari sebelumnya lepas kes gempa bumi pada Jun 2015..
Kalau dulu Sabahan Package diuruskan oleh Taman Sabah @ Sabah Park..
Tp sekarang Sabahan Package diuruskan oleh Sutera Sanctuary Lodge yg juga beroperasi di KK Times Square..
Taman Sabah cuma ada satu package iaitu Lamaing @ Malaysian Package..
Package ni tidak kira Sabahan, Sarawakian or Semenajung-ian, semua boleh jadi satu team..

Package Sabahan & Malaysian lebih kurang sama, cuma berbeza sedikit dari segi harga dan bilangan makan minum..
Sabahan package under Sutera Lodge 5x makan, Malaysian package 3x makan..
Kenapa begitu??
Sutera Lodge's package termasuk set lunch di Balsam Buffet Restaurant, Kinabalu Park..

Kali ni pendakian kami seramai 20 orang, 14 lelaki & 6 perempuan..
** Sebaiknya biarlah lelaki ramai, if anything happen dorang boleh bantu **
Alhamdulillah 18 orang berjaya sampai ke puncak..
Kecuali 2 orang yg tidak digalakkan utk meneruskan pendakian atas faktor kesihatan dan keselamatan..
Team MiTaKi

Mulakan pendakian pada jam 0950

Actually ada beza tahap kesukaran pendakian dulu dan sekarang..
Pendakian sebelum ni time musim kemarau, tp kali ni musim tengkujuh yg mana menyukarkan lagi pendakian sbb laluan yg licin dan berlumpur..
Since time hujan, cuaca juga agak sedikit sejuk.. lebih kurang 15°
** mesti ada yg kata "alah 15 darjah celcius ja pun" kan?? Cis! **
Taaaaapi! suhu ketika di Mount Kinabalu Summit adalah 3°,
dengan kelajuan angin 5km/h & kelembapan 85%
(sumber www.MountKinabalu.com)
Agak2 sejuk tak???

Alhamdulillah tiba pada jam 0300pm

15° iaitu suhu di Laban Rata pada 15/12/2016
Masih mengekalkan 'kejuaraan', menjadi yg pertama sampai di Laban Rata diantara pendaki perempuan team kami.. hehehehe
So, kata-kata mereka yg mendakwa hari tu aku laju sebab Haziq bawakan beg dapat disangkal.. Yeah!! 😛

Pendakian hari ke-2 mula pada pukul 0300am..
Sebenarnya lebih kurang jam 1100pm hujan turun dgn lebat..
Risau dihati sbb kalau HUJAN LEBAT, pihak Taman Sabah takkan benarkan pendakian hingga ke puncak..
Sbb akan ada air terjun yg mengalir dalam 100m dari Sayat-Sayat.. Dan aliran air terjun tu adalah antara laluan untuk ke puncak..
So kalau dah air terjun terbina, macam mana kami mau lalu kan??
Dalam hati hanya mampu doa moga-moga tak hujan lebat..

Dan yg malangnya, dalam 50m dari gate Laban Rata headlight aku mati.. Habis bateri!
Wuwuwuwuw! 😭😭
Nasib baik ada Ijul & Belina yg tolong aku sepanjang pendakian menuju ke Sayat-Sayat..
Pukul 3 pagi, dengan keadaan yg gelap gelita, batu-batuan yg besar dan licin..
Terpaksa meraba-raba dahan dan batu untuk berpaut..
Thanks to Balyna and her brother, Ijul..
Sila pastikan kejadian ini tidak berulang pd anda wokeyyyy.. huhu..

My cousins, Ijul & Balyna
Syukur pd Allah sebab masa tu cahaya bulan sangat terang..
Lepas ja check point Sayat-Sayat, laluan dah agak baik..
Dah tak perlu guna headlight, hanya bergantung pada cahaya bulan..



Pendakian kali ni sangat best sebab kali ni teamwork antara Team MiTaKi sangat kuat..
Well done guys!!
Kalau sebelum ni mendaki secara sendiri-sendiri.. tp kali ni berkumpulan..
Dan kami ada dalam 2 kumpulan..
First group ada dalam 10 orang, ok ni paling kuat teamwork nya..hehehe..
 Start dari yg paling tua..
Pacik Anik, Ruiz, Balyna, Boboy, aku, Ely, Ijul, Didie, Nurazam & SiCan..
Group kedua ada Kak Sha, Supri, Atik & Dayah..
Kecuali ada 4 orang yg jalan depan secara bersendirian.. Pacik Pejal, Kak Ika, Kefli & SiMat..

Finally, dapat pun bergambar di pond ni..

With our 4 guides.. 
Izman yg berskaf biru (yg terselindung tu), Hairi yg berskaf purple, Azizi yg berbaju biru muda atas tu & Paul yg serba hitam belah kanan atas..

Ok done part satu.. Now part dua.. Cobaan dan dugaan para pendaki..
Pendakian kali ni lebih mencabar dan menguji setiakawan antara kami..
Dengan Kak Sha yg diserang AMS (Acute Mountain Sickness), Jirah @ DK yg retak ankle & Erwan yg dimasukkan ke ward sebab kekurangan garam dalam badan.. Fuhhhh!


Kisah Kak Sha secara detail bolehlah klik pada ini .. Biar empunya badan yg bercerita, beserta gambarnya yg cun-cun..hehe
 Kes Jirah pula unexpected..
Eh memanglah kan.. Mana ada orang expect kaki nya cedera.. huhu
Jirah terkehel kaki lebih kurang 50m dari Pondok Layang-Layang di KM4.0
Terjumpa dia duduk dilereng-lereng bukit tu with her 'bodyguard' Pacik Anik & Kefli..
Katanya terkehel sikit..
Bila kata 'sikit', memang dalam hati hopefully oklah..
So aku mendahuluinya berberapa meter didepan..
Lebih kurang 5mins duduk rehat di pondok Layang-Layang Jirah call..
"Fuzah, kaki aku bengkak"
And I was 'Hahhhhh!'.. Kami saling berpandangan.. Acana ni..

After about 20mins kami menunggu, Jirah sampai dengan tongkat dan beg 'doraemon'nya dibawa oleh Pacik Anik, Kefli & Ruiz..
Kenapa Doraemon? Sbb Jirah bawa banyak barang.. Sangat lengkap! Sampaikan kami pun boleh pinjam barang2nya utk pendakian ke puncak..
Walaupun dah 3 orang pinjam tp barangnya masih banyak..
Betulkan Doraemon? hehehe

Ok balik ke cerita asal..
Sementara our 'doctor' rawat Jirah, and balut kakinya..
Yg lain pun sampai.. berkumpul semuanya..
Mulanya dorang yg laki-laki mau dukung Jirah.. Ganti-ganti..
Tp macam tak sanggup juga.. Last2 Supri minta stretcher dari pondok guide di Layang-Layang tu..
Bila pihak bomba check, katanya perlu didukung ni..
Sebenarnya kami saling berpandangan sbb setahu kami bila namanya 'DIDUKUNG' akan dikenakan bayaran..
RM450 untuk setiap kilometer..
Terus Supri tanya "Bayar ka tu?"
"Oh tidaklah.. Kalau kes kecemasan macan gini kami tidak cas.. Kalau yg tidak boleh jalan sbb malas saja kami cas"
Fuhhh!! Lega.. kalau tidak RM1800 melayang.. 😌
Lepas settle urusan dgn MoSAR (Mountain Safe and Rescue Team), kami jalan dahulu sementara Jirah tunggu pihak bomba yg habis shif turun dari puncak..

Post dari pihak Bomba dan Penyelamat
Ni barulah layak "Abang Bomba, we love you".. hehe

Ok now cerita pasal Ewan pula..
Kes Ewan ni start bila dia sampai di KM2.0
Cubaannya untuk berdiri gagal dan terjelupuk @ terduduk atas tanah serta merta..
Pacik Pejal cuba utk memapah pun tdk berjaya..
Sayangnya masa tu ramai laki-laki Team MiTaKi yg dah sampai di Timpohan Gate dan pihak MoSAR pun dah turun bawa Jirah sekali dgn 4 orang guide kami..
Lepas lapor pada guide kami, berlakulah sedikit salah faham.. Rasa nak hempuk satu-satu.. Dush!
Tp nasib baik dapat diselesaikan..
Guides akan naik balik utk dukung Ewan..

Dukung???? Yes dukung..
Since Ewan berada KM2.0 ketika itu, dia dikenakan cas RM 1000..
Bila check di Hospital Queen Elizabeth 2 malam tu juga,
Ewan terus dimasukkan ke ward sebab sangat kekurangan garam dalam badan..
Sebab tu kaki pun lemah dan tidak mampu untuk berdiri..
Lepas tu baru kami tahu yg rupanya Ewan cirit-birit hari sebelum pendakian tu..
Badan dah dehydrated sangat..
Sila pastikan kesihatan anda baik dan mengizinkan before teruskan niat untuk mendaki ya kawan-kawan..
Masa ni kaki Ewan dah boleh gerak katanya
Kalau yg memang mengikuti perkembangan pasal pendakian Gunung Kinabalu,
ada laluan bertangga baru di sekitar KM6.5, sebelum check point Sayat-Sayat..




Pemandangan dari laluan baru..

 Dan dorang dah tambah platform tinjauan di sekitar KM6.0
Pemandangannya.. MasyaaAllah sangat cantik!
Jelas terpampar Banjaran Crocker dihadapan kita..

Sila sepetkan mata.. nampak tak platfrom tu??
Banjaran Crocker gah dihadapan


Team MiTaKi menawan puncak Gunung Kinabalu..
Misi tawan Kinabalu 2, Mission accomplised!!

Tahniah Team MiTaKi!!!!
Dan terima kasih pada hero-hero TeamMiTaKi yg saling membantu kami heroin TeamMiTaKi..
** Pergh heroin.. hahahahaha **
Yg tolong bawakan beg..
Yg tolong temankan dan jd bodyguard kami sepanjang pendakian..
Yg tolong dukung Kak Sha.. hehe
Yg tolong hiburkan kami sepanjang pendakian..
Yg tolong rawat..
Oh ya.. Our 'doctor' adalah Ruiz.. =)

TERIMA KASIH heroes..
We Love You All.. 💖💝




Comments

  1. Pergh kali ni byk mention nama ku..hihi..apapun details sungguh..aq actually lupaaa suda sbb mau 1bln suda..haha..gmbr ja paling byk hahaha..

    ReplyDelete
  2. semua aku sebut bha kak..hehehe.. kalau aku akan ingat berabis tu kak..tersimpan didalam memory khas MiTaKi..hee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[.. Misi Tawan Kinabalu ..]

♠ {.. I'm Optometry student ..} ♠